Fungsi implan koklea Implan_koklea

Koklea implan mempunyai beberapa fungsi yang dapat membantu pesakit yang mempunyai masalah pendengaran atau pekak. Ia juga sebuah alat elektronik kecil yang dapat membantu mereka yang kurang mendengar dan ia juga dikenali sebagai telinga bionik. Koklea implan ini dibahagikan kepada beberapa komponen seperti mikrofon,pemancar, penerima, prosessor, elektrode, dan perangsang isyarat. Koklea implan ini bekerja secara langsung dalam merangsang fungsi gentian saraf auditorius didalam koklea menggunakan medan elektrik.

  • Pertama sekali, mikrofon akan dipasang di belakang cuping telinga. Bunyi kemudian akan dihantar oleh mikrofon akan diproses untuk mengaktifkan elektrod. Ia menggunakan konsep FFT untuk dibahagikan kepada beberapa frekuensi yang berlainan.
  • Kemudian, bunyi yang telah diproses akan dihantar menggunakan radio frekuensi ke dalam bahagian dalaman implan. Radio frekuensi ini digunakan supaya tiada hubungan fizikal yang terlibat yang mana boleh memberi sebarang jangkitan serta penyakit kepada bahagian dalaman telinga. Pemancar ini dilekatkan kepada penerima menggunakan magnet yang ditekapkan di kulit pesakit.
  • Selepas itu, komponen penerima akan menerima arahan daripada prosesor percakapan yang menyaring bunyi terutamanya bunyi yang dapat didengar menggunakan magnet. Isyarat yang dihasilkan oleh prosesor ucapan dihantar kepada penerima dalaman,yang mana diambil oleh isyarat radio frekuensi dan dihantar bersama-sama elektrod dalam koklea. Penerima merupakan komputer yang boleh menukarkan bunyi yang telah diproses serta mengawal arus elektrik untuk dihantar kepada elektrod didalam koklea.
  • Eloktrod koklea diperbuat daripada sejenis platinum serta bahan yang mempunyai penebat yang tinggi. Ia menyambung alat dalaman penerima dan dimasukkan jauh ke dalam koklea. Kemudian isyarat-isyarat elektrik dihalakan kepada elektrod, seterusnya medan elektrik akan dijana dan merangsang gentian saraf auditori. Dari gentian saraf auditori,isyarat yang diterima akan dihantar terus kepada otak untuk diproses. Akhirnya, bunyi yang dihasilkan dapat didengar oleh pengguna.

Saraf auditori menetapkan tahap minimum dan maksimun output semasa bagi setiap elektrod yang dihantar isyarat elektrik berdasarkan laporan proses penyaringan. Gentian saraf auditori ini juga memilih strategi proses pertuturan yang sesuai serta program parameter untuk pengguna.

Rujukan

WikiPedia: Implan_koklea http://www.theage.com.au/news/business/cochlear-he... http://www.advancedbionics.com/ http://auditoryneuroscience.com/CI_success_story http://auditoryneuroscience.com/prosthetics/noise_... http://www.cochlear.com/ http://www.cochlear.com/wps/wcm/connect/in/home/co... http://www.cochlear.com/wps/wcm/connect/in/home/un... http://www.kidshearnow.com/family_resource_center.... http://www.nature.com/nature/journal/v352/n6332/ab... http://www.ted.com/talks/charles_limb_building_the...